Wednesday 5 December 2012

Jual Ikan

Selamat pagi khamis yang berkat...alhamdulillah masih di beri peluang membuka mata  dan menarik nafas..Selepas bersarapan pagi..bihun singapore+nescafe panas tetibe dapat idea untuk entry baru..giteww..kelass

Kali ini bukanlah nak bercerita mengenai ikan atau menjual ikan di pasar malam.tetapi tajuk itu sebenarnye telah di terjemah ke bahasa melayu. Tajuk sebenarnya adalah 'Pentingkan Diri' a.k.a SELFISH. ha itu rupenye..

Bagi persepsi diri saya..pentingkan diri adalah adalah apabila kita meletakkan diri kita lebih utama dari  orang lain. Sehingga ke tahap kita mengenepikan hak dan kepentingan orang lain. Sebenarnye sikap pentingkan diri ada kebaikan dan keburukan.. pastilah apabila ia melebihi atau kurang dari tahap yang sepatutnya ia akn jadi negatif.

Pengalaman saya berkerja di banyak syarikat cewaahh nak jugak cakap huhu..telah menemukan saya dengan pelbagai ragam dan karenah orang. Salah satu sikap yang kerap saya jumpa adalah selfish @ pentingkan diri. Contoh :

  1. Hari Isnin je mesti nak MC. Mungkin betullah sakit tapi klu da sebulan 2 kali kau MC hr isnin baek ko mintak dengan bos untuk kerja seminggu 4 hari jer..hew hew..
  2. Pabila bekerja dalam team, setiap kerja kenelah adil kan. Ini tak, kau asik nak kerja yang senang je.aku ni ha sampai tersungkur buat kerja..padahal tengok member sebelah siap update status kat FB #$@%@#%
  3. Bila dalam  bilik meeting kaulah yang paling banyak bersuara..condemn itu dan ini..tapi bile kat luar..yang banyak menngularnye kaulah jugak..
Ini adalah sebahagian contoh sikap selfish. Realitinya ia bukan sahaja di tempat kerja, tetapi dalam kehidupan seharian kita, sesame kawan2, jiran, dalam keluarga pun ada bahkan sesame suami isteri pun bleh jadi..Huhu jangan tak percaya..

Bagi saya, sikap ini perlu ada dalam diri kita, tetapi janganlah terlalu sangat sehingga kita mengabaikan hak2 orang lain. Setiap orang ada hak yang sama dlam kehidupan ini. Biarpun kita yang rasa tidak adil, sentiasa ingat bahawa Allah sahaja yang Maha Adil. Mungkin hari ini ita dapat kurang atau kita susah, tapi di hari lain kita dapat kelebihan atau kebaikan dalam bentuk yang tidak di sangka2. Apabila kita berbuat kebaikan, jangalah mengharap manusia yang membalasnya, tanamlah keyakinan bahawa Allah yang akan menilai kebaikan kita itu.

Semuga kita akan mnejadi lebih baik dari hari2 yang sudah berlalu..semuga asya dan rakan2 yang membaca entry ini dapat megamalkannya..

Wassalam.

No comments:

Post a Comment