Monday 10 December 2012

Bola

Assalamualaikum w.b.r dan selamat pagi semua..cuace yang mendung dan berangin ni membuatkan mata rase nak terpejam je..badan pon terasa slow motion pabila mmebuat kerja..heww alasan sangat kenn..siap bersarapan bihun goreng dan nes panas, terus mendapat idea untuk berblogging..

Dua hari lepas saya berkesempatan menonton perlawanan bola Piala AFF Suzuki (Separuh akhir) di antara harimau Malaya dan Thailand. Sebenarnya saya bukanlah orang yang meminati bola..dalam tahun ini rasanya inilah sekali saya menonton perlawanan bola dari mula sehingga habis..huhh gigehh kann..ini semata2 menemani seseorang yang ingin menonton..

Sepanjang menonton perlawanan bola, saya dapat melihat dan membuat beberapa kesimpulan. Mungkin apa yang akan saya tulis ini adalah perkara biasa dalam perlawanan bola @ perkara ringan tetapi sebab saya ni seorang yang observant, saya tetap nak komen..

1. Pada permulaan perlawanan agak perlahan..dengan bola yang asyik offside..saya jadi agak jemu apabila boleh di katakan dalam 2-3 min game, bola asyik offside..apehal.hummm...

2. Kedua2 pihak bermain agak kasar. Banyak adegan jatuh dan penggunaan tangan dapat di lihat. Apa yang saya pelik, pengadil seolah2 terlepas pandang akan kebanyakan situasi ini.

3. Pasukan Thailand di lihat agak susah untk membbolosi pertahanan kita, contohnya apabila bola sudah berada hampir dengan kawasan gol, ia akan di tangkis oleh pasukan M'sia dan kembali ke tengah padang.

4. Pasukan kita agak senang untuk membolosi pertahanan lawan tetapi kebanyakn masa apabila bola sudah sampai berdekatan gawang gol tiada sesiapa yang menanti untuk menyambut bola tersebut. ia membuatkan penjaga gol lawan namanya Kawin, mendapatkan bola tersebut.

5. Agak banyak juga score yang dapat di buat oleh M'sia & Thailand tetapi kebanyakan tendangan gol yang di buat seolah2 membabi buta; melepasi gawang gol, terkena tiang.

6. Saya tidak faham mengapa pemain seperti Safiee Sali & dan Kuna di turunkan pada saat terakhir sedangkan saya dapat lihat seandainya mereka bermain daripada mula mungkin M'sia dapat peluang untuk memenangi game ini.

Semua di atas adalah daripada pemerhatian saya yang naif dalam arena bola sepak. Namun sesekali apabila saya menonton saya dapat melihat sesuatu dan mempersoalkan sesuatu. Namun satu kebangggan yang saya dapat lihat, adalah pemin M'sia bermain lebih professional daripada Thailand.

Di harap Pasukan negara kita dapat mengekalkan proofesionalisme dan meningkatkan prestasi lagi dlam setiap perlawanan walaupun bukan di padang sendiri. Jangan lah lalai dengan sorotan lampu kamera dan perhatian dari media kerana ini semua hanya sementara.

Wallahua'lam.






No comments:

Post a Comment