Friday 21 December 2012

Ku Menunggu

Pejam celik sudah sampai akhir tahun 2012..semalam adalah hari jadi saya. Seperti biase memang tiada sambutan di buat (memamng x pernah buat pun) hahah bagi saya ulangtahun yang paling bermakna adalah ucapan dari orang yang paling kita harapkan untuk mengingatinya..dan saya telah menerima ucapan itu tepat pada 12:02 am , 21 December 2012..

Alhamdullillah itu amat berharga bagi saya..tidak perlu hadiah @ sambutan besar2an bersama rakan2..issh ni da lari topik..sebenarnya nak cakap pasal topik menunggu..hahaha syok sendiri jap pasal harijadi sendiri..

Yeah hampir 6 bulan saya menjadi penunggu setia (jangan risau saya bukan penunggu yang kacau orang). Menuggu satu peluang kerja yang agak besar. setelah pelbagai cabaran saya lalui..pelbagai soalan saya jawap..inilah saatnya saya menanti keputusan samada saya di beri rezeki oleh Allah s.w.t untuk menabur bakti di tempat itu..

Di dalam hati sangat resah..berdebar..menanti sebuah jawapan..aduhhh seksanya...mahu saja saya skip momen ini dan terus move on ke kerja baru...huhu..tetapi seseorang selalu mengingatkan saya supaya bersabar...menanti..andai ada rezeki @ tidak terimalah dengan redha..

Nak tulis entry panjang pun sudah tidak mampu..ceewaahh..tunggulah saya akan update next entry dengan result tersebut..

Wassalam..

Monday 10 December 2012

Bola

Assalamualaikum w.b.r dan selamat pagi semua..cuace yang mendung dan berangin ni membuatkan mata rase nak terpejam je..badan pon terasa slow motion pabila mmebuat kerja..heww alasan sangat kenn..siap bersarapan bihun goreng dan nes panas, terus mendapat idea untuk berblogging..

Dua hari lepas saya berkesempatan menonton perlawanan bola Piala AFF Suzuki (Separuh akhir) di antara harimau Malaya dan Thailand. Sebenarnya saya bukanlah orang yang meminati bola..dalam tahun ini rasanya inilah sekali saya menonton perlawanan bola dari mula sehingga habis..huhh gigehh kann..ini semata2 menemani seseorang yang ingin menonton..

Sepanjang menonton perlawanan bola, saya dapat melihat dan membuat beberapa kesimpulan. Mungkin apa yang akan saya tulis ini adalah perkara biasa dalam perlawanan bola @ perkara ringan tetapi sebab saya ni seorang yang observant, saya tetap nak komen..

1. Pada permulaan perlawanan agak perlahan..dengan bola yang asyik offside..saya jadi agak jemu apabila boleh di katakan dalam 2-3 min game, bola asyik offside..apehal.hummm...

2. Kedua2 pihak bermain agak kasar. Banyak adegan jatuh dan penggunaan tangan dapat di lihat. Apa yang saya pelik, pengadil seolah2 terlepas pandang akan kebanyakan situasi ini.

3. Pasukan Thailand di lihat agak susah untk membbolosi pertahanan kita, contohnya apabila bola sudah berada hampir dengan kawasan gol, ia akan di tangkis oleh pasukan M'sia dan kembali ke tengah padang.

4. Pasukan kita agak senang untuk membolosi pertahanan lawan tetapi kebanyakn masa apabila bola sudah sampai berdekatan gawang gol tiada sesiapa yang menanti untuk menyambut bola tersebut. ia membuatkan penjaga gol lawan namanya Kawin, mendapatkan bola tersebut.

5. Agak banyak juga score yang dapat di buat oleh M'sia & Thailand tetapi kebanyakan tendangan gol yang di buat seolah2 membabi buta; melepasi gawang gol, terkena tiang.

6. Saya tidak faham mengapa pemain seperti Safiee Sali & dan Kuna di turunkan pada saat terakhir sedangkan saya dapat lihat seandainya mereka bermain daripada mula mungkin M'sia dapat peluang untuk memenangi game ini.

Semua di atas adalah daripada pemerhatian saya yang naif dalam arena bola sepak. Namun sesekali apabila saya menonton saya dapat melihat sesuatu dan mempersoalkan sesuatu. Namun satu kebangggan yang saya dapat lihat, adalah pemin M'sia bermain lebih professional daripada Thailand.

Di harap Pasukan negara kita dapat mengekalkan proofesionalisme dan meningkatkan prestasi lagi dlam setiap perlawanan walaupun bukan di padang sendiri. Jangan lah lalai dengan sorotan lampu kamera dan perhatian dari media kerana ini semua hanya sementara.

Wallahua'lam.






Wednesday 5 December 2012

Jual Ikan

Selamat pagi khamis yang berkat...alhamdulillah masih di beri peluang membuka mata  dan menarik nafas..Selepas bersarapan pagi..bihun singapore+nescafe panas tetibe dapat idea untuk entry baru..giteww..kelass

Kali ini bukanlah nak bercerita mengenai ikan atau menjual ikan di pasar malam.tetapi tajuk itu sebenarnye telah di terjemah ke bahasa melayu. Tajuk sebenarnya adalah 'Pentingkan Diri' a.k.a SELFISH. ha itu rupenye..

Bagi persepsi diri saya..pentingkan diri adalah adalah apabila kita meletakkan diri kita lebih utama dari  orang lain. Sehingga ke tahap kita mengenepikan hak dan kepentingan orang lain. Sebenarnye sikap pentingkan diri ada kebaikan dan keburukan.. pastilah apabila ia melebihi atau kurang dari tahap yang sepatutnya ia akn jadi negatif.

Pengalaman saya berkerja di banyak syarikat cewaahh nak jugak cakap huhu..telah menemukan saya dengan pelbagai ragam dan karenah orang. Salah satu sikap yang kerap saya jumpa adalah selfish @ pentingkan diri. Contoh :

  1. Hari Isnin je mesti nak MC. Mungkin betullah sakit tapi klu da sebulan 2 kali kau MC hr isnin baek ko mintak dengan bos untuk kerja seminggu 4 hari jer..hew hew..
  2. Pabila bekerja dalam team, setiap kerja kenelah adil kan. Ini tak, kau asik nak kerja yang senang je.aku ni ha sampai tersungkur buat kerja..padahal tengok member sebelah siap update status kat FB #$@%@#%
  3. Bila dalam  bilik meeting kaulah yang paling banyak bersuara..condemn itu dan ini..tapi bile kat luar..yang banyak menngularnye kaulah jugak..
Ini adalah sebahagian contoh sikap selfish. Realitinya ia bukan sahaja di tempat kerja, tetapi dalam kehidupan seharian kita, sesame kawan2, jiran, dalam keluarga pun ada bahkan sesame suami isteri pun bleh jadi..Huhu jangan tak percaya..

Bagi saya, sikap ini perlu ada dalam diri kita, tetapi janganlah terlalu sangat sehingga kita mengabaikan hak2 orang lain. Setiap orang ada hak yang sama dlam kehidupan ini. Biarpun kita yang rasa tidak adil, sentiasa ingat bahawa Allah sahaja yang Maha Adil. Mungkin hari ini ita dapat kurang atau kita susah, tapi di hari lain kita dapat kelebihan atau kebaikan dalam bentuk yang tidak di sangka2. Apabila kita berbuat kebaikan, jangalah mengharap manusia yang membalasnya, tanamlah keyakinan bahawa Allah yang akan menilai kebaikan kita itu.

Semuga kita akan mnejadi lebih baik dari hari2 yang sudah berlalu..semuga asya dan rakan2 yang membaca entry ini dapat megamalkannya..

Wassalam.

Tuesday 4 December 2012

Benci tapi Rindu

Assalamualaikum wbr..lamenye x menulis..maklumlah busy katenyer..busy ape pon x tau lahh haha..da lame nk menulis..tp masih mencari2 idea dan isi yang sesuai..ini adalah entry yg lebih kepada luahan hati..

Sebenrnye saya baru pulang dari satu kursus pemilihan untuk satu jawatan di GLC selama 2 hari 1 malam. So badan pon masih sakit2 coz excited buat aerobic..**tulah selame ni malas nk exercise, so bile tetibe exercise terkejut badak..haha..otak pon wasih melayang2..dek kena psiko semase di sana..

Pagi2 ketika log in ke facebook..seorang teman (bekas) sepejabat saya menghantar satu gambar pejabat lame saya..tempat saya berbakti selame 2 tahun..huhu tetibe rase rindu sgt2..dan ingin kembali ke sana..tapi x mungkin..coz kalau sudah haktuih ludah tak mungkin dapat di jilat semula..

betullah orang kate..bile kite berada di sana, kite asik cakap nak berhenti..nak blah..da x nk jejak kaki di sana lagi sebab da menyampah sesangat..tapi bila suda berhenti..agak lama kite tak melihat keadaan sane..perasaan rindu tu datang..teringat kerja2 yang kite pernah buat..system2 yg kite penah gune maki dulu..desk ku sentiasa bersepah...busy wat kerja la katenye kan..

Untuk kembali kepada keadaan itu tidak mungkin..kerana saya tidak mahu mebuat kerja yang sama hahaha..selective sgt..rindu ini sekadar kepada sesuatu kite suke...Ironicnye keadaan ini kepada kehidupan seharian juga..perkara yang selalu di sisi kite, yang selalu kite nampak boleh membuat kite rase bosan, menyampah dan benci teramat sgt..tetapi apabila lame sudah kite tidak melihat ia..berjahuan dgn ia..kite akan mula merinduinya akn..

Betapa indahnya perasaan ciptaan Allah swt ini..bagaimana ia berubah dan memberi kesan yang besar terhadap cara kita melihat sesuatu di hadapan kite..Moral of the story..hargailah apa jua yg kita ada sekarang..kerana bila kita kehilangannya..rindu itu sudah tidak bernilai lagi..

Jumpa lagi di next entry...






Sunday 18 November 2012

Azam Tahun Baru

Selamat pagi semua..alhamdulillah masih di beri peluang bernafas dan beribadat..sesudah solat subuh saya mendapat idea apa yang mahu di tulis untuk topik azam tahun baru..walaupun agak lambat entry ini kerana hari sudah hari ke 5 Muharam 1434 hijrah.. (betulkan seandainya saya silap). Azam ini sudah pon saya sematkan dlm diri ketika 1 muharam..

Sebnrnya ia bukanlah satu perkara besar kerana setiap hari kita di suruh menjadi insan yang lebih baik dari semalam..hari2 pon kita boleh berazam untuk jadi yg lebih baik..tapi saya mengambil semangat awal muharam ini untuk meng'improvekan'kan lagi diri saya yg banyak kekurangan ini.**hancuss lagi english den hew hew.. 

Ada dua perkara yang saya mahu turunkan dan naikkan dalam diri saya..

   1) Saya mahu turunkan sifat mudah marah
   2) Saya mahu naikkan sifat tidak mudah merungut ketika di dalam kesulitan.

Nampak senang kan? Tetapi bagi saya dua perkara ini boleh jadi di luar kawalan sekiranya saya tidak cepat2 beristighfar dan menyedarinya..syaitan selalu menang ke atas diri saya untuk dua perkara ini..

Mengapa mudah marah? Jawapannya apabila seseorang atau sesuatu yang terjadi meyakitkan hati kita..Dalam kes saya biasanya perilaku orang sekeliling membuatkan saya cepat marah..

Contoh 1: Ketika berjalan ade seorang hamba Allah terpijak kaki saya dengan ganasnya tapi dia berlalu pergi tanpa meminta maaf kepada saya. Dahlah kaki ku sakit di pijaknya, tidak meminta maaf pula tu..Seperti kata P Ramlee dalam cerita 3 Abdul "Ini boleh membawa kepada marah"..Rase macam nak pergi kejar orang tu dan beritahu dia: 'Hei you dah pijak kaki dia and I nak dengar you say sorry to me??  Boleh ke macam tu hehehe gengster aku nihh..

Contoh 2: Saya tengah beratur membeli tiket di Stesen KTM. Barisan itu pula kalau di hari Ahad ini mestilah pendek pannjang. Dalam lame2 beratur, manusia makin ramai, beg lagi berat..tetiba ade seorang hamba Allah juga menyelitkan dirinya yang x brape nk kecik (tapi lebih kecik dari aku lah haha) di hadapan aku. Aku pon dengan terkejut lembu badak nya melihat ke wajah manusia itu. Boleh pulak die buat muke selambe tanpa meminta izin untuk potong queue.  Aduhh bengangnyee..ade yang nak kene sumpah nih... Thanks manusia..kau da spoilkn mood aku dan da berjaya buat aku marah. Haa..da marah kann?

Sebenarnya perkara yang mudah2 sahaja telah berjaya membuatkan saya marah. Syaitan telah berjaya menewaskan saya..Astaghfirullahalazim....Lemahnya hamba Mu ini Ya Allah...Jadi saya telah berazam untuk tidak mudah marah. Seandainya ade perkara2 yang boleh menjuruskan saya ke arah marah saya akan cepat alihkan fikiran saya ke lain. Fikirkan yang kalau aku marah nih aku yang rugi..aku yang boleh dapat sakit jantung..dan cepat tua..Hissh mestilah x nak..jadi jangan cepat marah.. 

Apabila berada di dalam kesusahan juga saya cepat merungut..aduhaii kenapalahh jadi macam ini..kenapa lah Allah turunkan ujian ni untuk aku..kenapa aku..kenapa bukan insan2 lain..kenapa dan kenapa..
Sungguh negatif kan? Sesungguhnya rungutan itu memeberi kesan yang buruk pada diri saya. Saya seperti tidak redha dengan ketentuan Allah dan mempersoalkan apa yang Allah telah kurniakan kepada saya..

Kesedaran ini timbul lebih tinggi apabila saya membaca blog Dr Fauziah. Beliau telah menceritakn bahawa beliau telah di uji dengan pelbagai dugaan yang lebih hebat seperti kehilangan adik beradik (kematian), kesusahan hidup dan perceraian. Tapi menurut beliau segalanya beliau hadapi dengan kekuatan dan keimanan tanpa mempersoalkan mengapa beliau yang di pilih untuk melalui semua itu. 

Ya Allah tabahnya hamba Mu itu..jadikan aku jua setabah itu. Oleh itu saya sedar bahawa setiap insan di muka bumi ini akan di uji dengan pelbagai rupa dan cara..Merungut dan komplen tidak membantu saya untuk menghadapi perkara tersebut.. Hanya doa,semangat dan keyakinan kepada Allah memberi saya kekuatan untuk melaluinya.. 

Semoga saya berjaya membentuk diri saya menjadi insan yang lebih baik..dan istiqamah dengannya.. Insya Alalh..Jumpa lagi di entry akan datang. 

Notakaki: Malam tadi saya mendapat mesej dari seorang teman agar mebacakan surah Al ABqarah ayat 25 & 26 dan surah Yunus ayat 85-88..mendoakan agar saudara kita di Gaza di beri kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi penindasan.Semoga golongan yang menzalimi kereka akan di lumpuhkan oleh All swt. amin ya rabbal alamin...Saya baru membaca mesej itu pagi ini dan sesudah solat subuh saya telah membaca ayat tersebut dan mendoakan untuk mereka.. 

Saturday 17 November 2012

Satu Permulaan


Dengan kalimah suci ini saya memulakan post saya yang pertama. Kiranya hari ini dalam sejarah lah..haha..Actually ..huh **terus speaking london uolss..ini bukanlah kali pertama saya membuat blog. ini adalah kali ketiga..ha bukan kerana blog yang lepas tu terlalu banyak hits sampai kne buka blog baru ..tapi kerna ianya terbantut separuh jalan..sampai saya sudah terlupa apekah link blog saya..dan juga password nya..huhu dasat aku ni..byk makan semut agaknya..

takpelah yang sudah tu sudahlah..ceewahh gitew..saya sebenarnya memamg minat nak berblog..tp agak ragu2 kerana beberapa faktor. 

       1) Apekah yang patut sya tulis di dalam blog
       2) Kekerapan saya perlu posting
       3) Keazaman @ istiqamah saya

Atas faktor di atas lah saya ragu2 utk membuat blog lagi.. tapi apabila membaca a.k.a blogwalking saya begitu teruja melihat blogger2 yang creative dalam blog mereka..isi2 yang mereka tulis dan semangan mereka utk mengekalkan blog mereka..bukan hangat2 ta** ayam macam saya..ahakss..

Agak lame saya mensurvey..huhu broken tul english aku..saya akhirnya bertekad untuk ada blog sendiri..at least kalau x dapat hits juta2 pun saya dapat menulis tentang apa yang saya rasa..yelah selame ni saya pendamkan semua di dalam hati..ataupon menulisnye di dalam diari..tp sekarang da malas nak menulis..nak menaip je..kelass kau kak..

Saya membuat blog ini serba sederhana..seperti diri saya..ianya melambang kan personaliti diri saya yang suka memerhati..dan menyuarakan pendapat..walau pon kadang2 orang x suka..huhu..nak wat cemane..berkata yang benar itu memang pahit utk di dengar kan..

Apepon inilah permulaan saya utk tahun baru 1434 Hijrah..di tahun baru ini..ade azam baru yang saya telah buat..nak tau ape dia? nant saya akan postkan..

Di akhir kalam...cewahh mcm tulis surat pulak..saya menutup first post saya dgn kalimah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bye...