Sunday 18 November 2012

Azam Tahun Baru

Selamat pagi semua..alhamdulillah masih di beri peluang bernafas dan beribadat..sesudah solat subuh saya mendapat idea apa yang mahu di tulis untuk topik azam tahun baru..walaupun agak lambat entry ini kerana hari sudah hari ke 5 Muharam 1434 hijrah.. (betulkan seandainya saya silap). Azam ini sudah pon saya sematkan dlm diri ketika 1 muharam..

Sebnrnya ia bukanlah satu perkara besar kerana setiap hari kita di suruh menjadi insan yang lebih baik dari semalam..hari2 pon kita boleh berazam untuk jadi yg lebih baik..tapi saya mengambil semangat awal muharam ini untuk meng'improvekan'kan lagi diri saya yg banyak kekurangan ini.**hancuss lagi english den hew hew.. 

Ada dua perkara yang saya mahu turunkan dan naikkan dalam diri saya..

   1) Saya mahu turunkan sifat mudah marah
   2) Saya mahu naikkan sifat tidak mudah merungut ketika di dalam kesulitan.

Nampak senang kan? Tetapi bagi saya dua perkara ini boleh jadi di luar kawalan sekiranya saya tidak cepat2 beristighfar dan menyedarinya..syaitan selalu menang ke atas diri saya untuk dua perkara ini..

Mengapa mudah marah? Jawapannya apabila seseorang atau sesuatu yang terjadi meyakitkan hati kita..Dalam kes saya biasanya perilaku orang sekeliling membuatkan saya cepat marah..

Contoh 1: Ketika berjalan ade seorang hamba Allah terpijak kaki saya dengan ganasnya tapi dia berlalu pergi tanpa meminta maaf kepada saya. Dahlah kaki ku sakit di pijaknya, tidak meminta maaf pula tu..Seperti kata P Ramlee dalam cerita 3 Abdul "Ini boleh membawa kepada marah"..Rase macam nak pergi kejar orang tu dan beritahu dia: 'Hei you dah pijak kaki dia and I nak dengar you say sorry to me??  Boleh ke macam tu hehehe gengster aku nihh..

Contoh 2: Saya tengah beratur membeli tiket di Stesen KTM. Barisan itu pula kalau di hari Ahad ini mestilah pendek pannjang. Dalam lame2 beratur, manusia makin ramai, beg lagi berat..tetiba ade seorang hamba Allah juga menyelitkan dirinya yang x brape nk kecik (tapi lebih kecik dari aku lah haha) di hadapan aku. Aku pon dengan terkejut lembu badak nya melihat ke wajah manusia itu. Boleh pulak die buat muke selambe tanpa meminta izin untuk potong queue.  Aduhh bengangnyee..ade yang nak kene sumpah nih... Thanks manusia..kau da spoilkn mood aku dan da berjaya buat aku marah. Haa..da marah kann?

Sebenarnya perkara yang mudah2 sahaja telah berjaya membuatkan saya marah. Syaitan telah berjaya menewaskan saya..Astaghfirullahalazim....Lemahnya hamba Mu ini Ya Allah...Jadi saya telah berazam untuk tidak mudah marah. Seandainya ade perkara2 yang boleh menjuruskan saya ke arah marah saya akan cepat alihkan fikiran saya ke lain. Fikirkan yang kalau aku marah nih aku yang rugi..aku yang boleh dapat sakit jantung..dan cepat tua..Hissh mestilah x nak..jadi jangan cepat marah.. 

Apabila berada di dalam kesusahan juga saya cepat merungut..aduhaii kenapalahh jadi macam ini..kenapa lah Allah turunkan ujian ni untuk aku..kenapa aku..kenapa bukan insan2 lain..kenapa dan kenapa..
Sungguh negatif kan? Sesungguhnya rungutan itu memeberi kesan yang buruk pada diri saya. Saya seperti tidak redha dengan ketentuan Allah dan mempersoalkan apa yang Allah telah kurniakan kepada saya..

Kesedaran ini timbul lebih tinggi apabila saya membaca blog Dr Fauziah. Beliau telah menceritakn bahawa beliau telah di uji dengan pelbagai dugaan yang lebih hebat seperti kehilangan adik beradik (kematian), kesusahan hidup dan perceraian. Tapi menurut beliau segalanya beliau hadapi dengan kekuatan dan keimanan tanpa mempersoalkan mengapa beliau yang di pilih untuk melalui semua itu. 

Ya Allah tabahnya hamba Mu itu..jadikan aku jua setabah itu. Oleh itu saya sedar bahawa setiap insan di muka bumi ini akan di uji dengan pelbagai rupa dan cara..Merungut dan komplen tidak membantu saya untuk menghadapi perkara tersebut.. Hanya doa,semangat dan keyakinan kepada Allah memberi saya kekuatan untuk melaluinya.. 

Semoga saya berjaya membentuk diri saya menjadi insan yang lebih baik..dan istiqamah dengannya.. Insya Alalh..Jumpa lagi di entry akan datang. 

Notakaki: Malam tadi saya mendapat mesej dari seorang teman agar mebacakan surah Al ABqarah ayat 25 & 26 dan surah Yunus ayat 85-88..mendoakan agar saudara kita di Gaza di beri kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi penindasan.Semoga golongan yang menzalimi kereka akan di lumpuhkan oleh All swt. amin ya rabbal alamin...Saya baru membaca mesej itu pagi ini dan sesudah solat subuh saya telah membaca ayat tersebut dan mendoakan untuk mereka.. 

Saturday 17 November 2012

Satu Permulaan


Dengan kalimah suci ini saya memulakan post saya yang pertama. Kiranya hari ini dalam sejarah lah..haha..Actually ..huh **terus speaking london uolss..ini bukanlah kali pertama saya membuat blog. ini adalah kali ketiga..ha bukan kerana blog yang lepas tu terlalu banyak hits sampai kne buka blog baru ..tapi kerna ianya terbantut separuh jalan..sampai saya sudah terlupa apekah link blog saya..dan juga password nya..huhu dasat aku ni..byk makan semut agaknya..

takpelah yang sudah tu sudahlah..ceewahh gitew..saya sebenarnya memamg minat nak berblog..tp agak ragu2 kerana beberapa faktor. 

       1) Apekah yang patut sya tulis di dalam blog
       2) Kekerapan saya perlu posting
       3) Keazaman @ istiqamah saya

Atas faktor di atas lah saya ragu2 utk membuat blog lagi.. tapi apabila membaca a.k.a blogwalking saya begitu teruja melihat blogger2 yang creative dalam blog mereka..isi2 yang mereka tulis dan semangan mereka utk mengekalkan blog mereka..bukan hangat2 ta** ayam macam saya..ahakss..

Agak lame saya mensurvey..huhu broken tul english aku..saya akhirnya bertekad untuk ada blog sendiri..at least kalau x dapat hits juta2 pun saya dapat menulis tentang apa yang saya rasa..yelah selame ni saya pendamkan semua di dalam hati..ataupon menulisnye di dalam diari..tp sekarang da malas nak menulis..nak menaip je..kelass kau kak..

Saya membuat blog ini serba sederhana..seperti diri saya..ianya melambang kan personaliti diri saya yang suka memerhati..dan menyuarakan pendapat..walau pon kadang2 orang x suka..huhu..nak wat cemane..berkata yang benar itu memang pahit utk di dengar kan..

Apepon inilah permulaan saya utk tahun baru 1434 Hijrah..di tahun baru ini..ade azam baru yang saya telah buat..nak tau ape dia? nant saya akan postkan..

Di akhir kalam...cewahh mcm tulis surat pulak..saya menutup first post saya dgn kalimah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bye...